Tok Mart & Iana Corporation Meterai MoU, Pasarkan Produk Kek Lapis Sarawak

AHAD, 15 MEI 2022

KUCHING: Manggis Group mencatatkan sejarah apabila entiti tersebut melalui anak syarikatnya Tok Mart Sdn Bhd meterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Iana Corporation Sdn Bhd yang membawa jenama Siti Payung, sebuah pengusaha kek lapis di Sarawak.
.
Manggis Group dalam satu kenyataan pada Sabtu memberitahu, perjanjian tersebut merupakan satu inisiatif untuk memasarkan produk tradisi Malaysia melalui sistem dalam talian.
.
“Antara produk tempatan yang dijual termasuk pelbagai jenis makanan berasaskan kerepek, serunding, dan dodol.”
.
“Yang terkini pula ialah produk kek lapis Sarawak yang sudah menjadi kegemaran orang ramai di seluruh Malaysia,’’ jelas kenyataan itu.
.
Menurut Manggis Group, keistimewaan inisiatif ini adalah para pelanggan boleh mendapatkan produk-produk tersebut melalui pelbagai platform yang sedia ada seperti Shopee, Lazada, GrabFood, Foodpanda, Youbeli serta laman web Tok Mart sendiri.
.
Untuk rekod, Manggis Group merupakan syarikat produksi yang telah ditubuhkan sejak tahun 2003.
.
Kumpulan tersebut menyediakan pelbagai kandungan kreatif, krew produksi teknikal, servis pengiklanan bersepadu serta merupakan agensi pemasaran digital melalui kolaborasi pelbagai syarikat di bawahnya. – Edisi UKAS
.
===
.
Terima kasih En Mohamad Hafidz Rohani , Puan Juliana Abu Bakar, Puan Siti Molek Matassan dan Team Kek Lapis Sarawak Siti Payung atas kepercayaan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (“UKAS”) ke atas liputan sidang media Team tokmart.com.my dan Manggis.tv (“Manggis group)
Artikel sama juga telah diterbitkan oleh See Hua Daily News, surat khabar terkemuka berbahasa Cina di Sarawak dan Sabah.