Jom Balik Kampung. Dah 2 Tahun kita tak dapat beraya bersama

Bila lah Tok kamu ni nak siap. Orang semua dah lapar ni. (Video Kredit -‘Resepi Nenek’
Terbitan Celebrate TV untuk Astro Naura, 2021)

 

Salam semua,

Tok ada ni tengah tunggu Tok Ma kamu siap masak kat laman belakang sambil tunggu cucu-cucu Tok yang lain semua balik kampung.

Tok selalu pastikan kalau Tok nak sediakan juadah hidangan, mestilah makanan yang sedap-sedap dan terbaik untuk cucu-cucu Tok. Tok pun selalu tanya juga, apa lagi yang Cucu Tok nak. Kalau kurang, mestilah Tok nak baiki lagi, bagi diorang puas makan sampai food coma :P.

Sama juga masa Tok perkenalkan semua produk Tok di Website dan Marketplace, Tok nak dengar semua maklum balas dari kamu. Apa yang kamu suka dan apa lagi yang kamu nak Tok perbaiki. Kamu boleh komen, boleh email, boleh tulis review kat Google, telefon Tok, email pada Tok dan macam-macam lagi lah.

Kepada semua yang dalam perjalanan pulang ke kampung, Tok ucapkan berhati-hati dalam memandu. Kalau driver dah mengantuk sangat, silalah berhenti dan rehat dulu. Jangan minum pula, lagi-lagi masa siang. Kang nanti boleh kawan dengan Barkoba pulak hehe.

Boleh Review Tok juga di sini 

#raya2022 #Warisan #Heritage