Penyertaan dalam Borneo Native Festival di Central Market Kuala Lumpur

Tokmart dan Siti Payung telah berganding bahu menyertai ‘Borneo Native Festival’ (“BNF”) yang berlangsung 20-22 Mei di Pasar Seni Kuala Lumpur.
Program anjuran bersama Sukaseni , Tourism Malaysia Sabah dan Sabah Creative Economy and Innovation Centre merupakan program yang julung-julung kali diadakan untuk membantu melestarikan budaya, membangunkan ekonomi kreatif dan mewujudkan peluang koloborasi.
.
Selebriti terkenal seperti Francisca Luhong James , Miss Universe Malaysia 2020, Nikki Palikat dan Marsha Milan Londoh dijangka akan menghadiri majlis ini.
.
Cik Puan Pinna dan Cik Puan Athirah dari rakan koloborasi kami, Kek Lapis Sarawak Siti Payung setia menanti kunjungan Tuan Puan dengan pelbagai kek lapis kami yang lazat dan telah dijual dengan harga istimewa.
.
Terima Kasih En Mohd Hafidz Ras atas peluang ini.
.
.