Spaghetti Goreng Tokmart

Spaghetti Goreng Tokmart

Resepi Spaghetti Goreng

Bahan bahan:

  • 1 pek spaghetti – rebus ikut pembungkusan
  • 300gm daging kisar
  • 1 batang carrot
  • 2 biji tomato (tak nak pun tak apa)
  • 2 biji telur 1 biji bawang besar (tak nak pun tak apa)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sb Sambal Tok – ikut pedas disukai
  • 3 sb tomato puree
  • Olive oil untuk menumis
  • Garam
  • Daun sup

Cara cara:

  1. Panaskan minyak zaitun atau korang panggil olive oil dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah di cincang halus sehingga kekuningan.
  2. Masukkan Sambal Tok
  3. Masukkan carrot yang telah dihiris nipis.
  4. Tumis lagi beberapa minit sehingga carrot lembut.
  5. Masukkan daging kisar.
  6. Tumis sehingga daging masak.
  7. Masukkan telur yang telah di pukul.
  8. Masukkan tomato puree dan buah tomato.
  9. Kacau sehingga sebati.
  10. Masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati.
  11. Masukkan garam secukup rasa… dan hidangkan bersama Bawang Goreng Makcik.