Bubur Nasi Sambal Ikan Bilis

Bubur Nasi Sambal Bilis

Bahan-bahan:

  • 1 Cawan Beras
  • Halia
  • Garam (jika perlu)
  • Stock ayam
  • Minyak Bijan
  • Lobak merah (dipotong dadu)
  • Daun bawang
  • Bawang Goreng Makcik ( Untuk Hiasan)
  • Sambal Ikan Bilis Tok

Cara-cara:

  1. Rebus dan masak beras bersama air. Boleh tambah air sedikit demi sedikit sehingga beras menjadi bubur.
  2. Kemudian, tambahkan lobak merah, halia, stok ayam dan garam jika perlu.
  3. Bubur hendaklah dikacau sentiasa untuk mengelakkan daripada berkerak.
  4. Masukkan pula minyak bijan dan kacau rata. Tutup api dan angkat.
  5. Hidangkan bubur nasi bersama sambal Ikan Bilis Tok, daun bawang dan bawang goreng sebagai perasa tambahan dan hiasan.
  6. Siap!