Bahan-bahan:
- 1 Cawan Beras
- Halia
- Garam (jika perlu)
- Stock ayam
- Minyak Bijan
- Lobak merah (dipotong dadu)
- Daun bawang
- Bawang Goreng Makcik ( Untuk Hiasan)
- Sambal Ikan Bilis Tok
Cara-cara:
- Rebus dan masak beras bersama air. Boleh tambah air sedikit demi sedikit sehingga beras menjadi bubur.
- Kemudian, tambahkan lobak merah, halia, stok ayam dan garam jika perlu.
- Bubur hendaklah dikacau sentiasa untuk mengelakkan daripada berkerak.
- Masukkan pula minyak bijan dan kacau rata. Tutup api dan angkat.
- Hidangkan bubur nasi bersama sambal Ikan Bilis Tok, daun bawang dan bawang goreng sebagai perasa tambahan dan hiasan.
- Siap!