Tentang Tok Mart
'TAK LAPUK DEK HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS"
TokMart merupakan satu platform yang direka untuk berkongsi rasa makanan tempatan, resepi turun temurun dan juga menghasilkan jenama makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Tokmart telah menghasilkan produk istimewa seperti kerepek ubi, sambal, serunding dan bawang goreng rangup. Produk-produk ini dihasilkan mengunakan bahan-bahan asli, segar dan berkualiti tinggi. Kesemua resepi Tokmart merupakan resepi ringkas yang enak dan tahan lama, tanpa pewarna dan perisa tambahan.
Produk makanan Tokmart sesuai untuk dihidangkan sebagai santapan petang atau jamuan malam. Produk Tokmart juga boleh dijadikan hadiah yang unik kepada keluarga dan rakan-rakan, tanpa perlu perbelanjaan yang besar.
Sasaran Tokmart adalah untuk berkongsi keenakan makanan tradisi dan resepi asli turun temurun dengan semua. Dengan nilai dan kualiti produk yang tinggi, jenama “Tokmart” ini akan berkembang dengan lebih pesat dan berjaya untuk dieksport ke luar negara pada masa akan datang. Insya’Allah.